“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.
“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.
Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.
“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.
Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.
Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!
BARAT DAN KEPARAT
Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pemba
ratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.
ratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.
Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.
Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.
Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.
Jelasnya ia fool!
Terungkap pada sabda Nabi SAW:
“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
DARI SEOARANG USTAZ
DARI SEOARANG USTAZ
Bulan Mac sudah pon melabuhkan tirainya. Tibalah kita menjejakkan kaki ke bulan April. Segala pengalaman dan pengajaran di bulan ini akan kita kenang untuk diperbaiki lagi pada bulan yang akan datang. Begitulah seterusnya hidup manusia bilamana pengajaran itu menjadi guru yang paling setia mengajar manusia. Pengajaran itu menjagi guru yang paling kerap mengajar manusia.
Semakin hari ilmu manusia semakin bertambah. Kata orang semakin bertambah ilmu semakin banyak yang tidak tahu. Semakin belajar ilmu semakin luas ilmu itu mencapah. Seolah-olah menuangkan minyak di dalam air. Akan mencapahlah lapisan minyak itu sejauh mana ia boleh pergi. Semakin dituang semakin ia bertambah capahannya. Alhamdulillah diskusi dengan seorang sahabat ex- Majlis Perwakilan Pelajar menambahkan sedikit ilmu saya yang sebelum ini saya tidak tahu. Takut juga dalam kejahilan kita, kita akan melanggar syariat Allah.
Seperti mana yang saya sebut diatas tadi kita akan melangkah masuk ke bulan April. Bulan antara bulan yang disambut oleh masyarakat Kristian kerana di bulan itu akan disambut APRIL FOOL. Tahukah anda bagaimana sejarah April Fool mula dikenang? Tahukan anda apakah peristiwa yang mencatatkan 1 April sebagai hari April Fool.. Hari bodoh? Yup!!! Memang bodoh dan bangang sekali disebabkan orang Islam tidak mengetahui peristiwa ini maka mereka tanpa rasa bersalah menyambut hari ini dengan gembiranya. Hari memperkenakan orang lain. Kita memperkenakan orang pada hari tersebut sempena April Fool tanpa kita sedar sebenarnya sejarah April Fool datangnya apabila orang-orang Islam diperbodohkan oleh penganut Kristian Laknatullah di Sepanyol dulu..
Cerita lanjut berkenaan hal ini saya akan cuba muatkan beberapa hari lagi. Buat masa sekarang saya nasihatkan janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang begitu gembira menyambut April Fool tanpa menyedari hakikat cerita sebenar di sebalik April Fool..
SEJARAH APRIL FOOL
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.