Tuesday, March 30, 2010

tatapan

assalamualaikum....

keterangn tentang ini

a. Jawatan : Arkitek
Gred : J41
Kod Skim : 1033
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T3 RM2271.93]; dan

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Seni bina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga
Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project's brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).